Tuesday, March 9, 2010

Gambar-gambarnya...

Sebuah jentera yang hanya sekadar di make-up dan diberi suntikan untuk keselesaan memandu pada jarak yang jauh.
Dari segi maintainance cukup...rasa tak sedap sikit buatlah sikit-sikit... Bukan nak buat racing pun...
Perubahan kokpit dia ni boleh katakan setahun sekali...ada bonus...adalah saguhati untuk dia...hehehe
Enjin tidak di ubahsuai sebab takut meragam macam-macam... jadi lebih suka dengan keadaan standard.. Kalu tengok kotak putih tempat bateri tu...ianya merupakan switch pemutus litar utama sekiranya berlaku litar pintas. Oleh kerana bateri kereta ini berada di belakang boot...
Diubah sikit pada pipping intercooler jer...untuk perjalanan yang jauh lebih confident dengan intercooler yang besar sikit dan ventilation yang sejuk... VR4 RS... So turbo standard takder lah teruk kerja....
Rupa STANDARD GABAN... pernah sekali terserempak dengan sekatan JPJ besar-besaran di KL. Kereta enjin standard tapi bodykit tak ingat...pun kena tahan..!!! Tapi kereta ni JPJ macam tak pandang jer... tengok roadtax..tengok driver.. "ok..jalan" kata brother JPJ tu...
Mananya tak...enjin senyap...ekzos Silent Knight, sistem kipas auto, kipas aircond pusing automatik...semua masih dara.... macam standarlah bunyi nyer..
 

Topo